Monday, November 18, 2019

SYARAT PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU 2020 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ AL-QURAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU (1)

Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim (SMAHMY) mempelawa ibu bapa untuk membuat permohonan untuk anak-anak pelajar Tahun 6 ke Tingkatan Satu (1) Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) Al-Quran Ambilan 2020.


1.   Calon hendaklah WARGANEGARA MALAYSIA yang beragama Islam.

2.   Sihat tubuh badan.

3.   Tamat Tahun 6 Sekolah Rendah.

4.   Lahir pada tahun 2007.

5.   UPSR : Memperoleh minimum 2A dan tiada E.

6.   UPKK : Memperoleh minimum 5A tanpa D dan E

7.   Boleh membaca serta menulis ejaan jawi dan Al-Qur’an.

8.   Mempunyai daya ingatan yang kuat serta mampu menghafal Al-Quran.

9.   Calon hendaklah lulus dalam ujian kelayakan masuk ke Tingkatan Satu (1) 
      SMA Haji Mohd Yatim yang akan dijalankan pada 14 Disember 2019 (Sabtu).

10. Bagi calon berstatus ANAK YATIM yang memperoleh keputusan di bawah syarat 
      minimum, permohonan adalah terus melalui pejabat sekolah.

11. Senarai calon yang LAYAK DITEMUDUGA akan dipaparkan dalam portal ini pada 
      7 Disember 2019 (Sabtu).

12. Senarai calon yang BERJAYA diterima masuk akan disiarkan dalam portal ini pada 
      20 Disember 2019 (Jumaat).



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





CARA MEMOHON ( Permohonan adalah secara atas talian / online )


1.  Sila layari Portal SMA Haji Mohd Yatim di alamat  http://smahmy.blogspot.com/  
     dan klik pada paparan : PERMOHONAN TINGKATAN 1 2020 

2.  Sila baca dan ikut arahan yang dipaparkan.

3.  Tarikh permohonan dibuka : 21 November 2019 (Khamis)

4.  Tarikh tutup permohonan : 30 November 2019 (Sabtu)



Sebarang pertanyaan, sila :

Sek. Men. Agama Haji Mohd Yatim,
71350 Ulu Gadong, Kota
Negeri Sembilan
No. Tel : 06 - 4381411
No. Fax : 06 - 4383025

No comments:

Post a Comment