Thursday, December 23, 2010

keputusan pmr 2010



Keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 bersamaan hari Khamis 17 muharam 1432H. para pelajar bolehlah mengambil keputusan tersebut terus di pejabat sekolah pada waktu pejabat. Sekian

Thursday, December 2, 2010

Salam cuti

Salam...
Seperti yang kita sedia maklum, cuti sekolah berlangsung dari 19hb November 2010 sahingga 2hb Januari 2011. di masa cuti sekoalh ini, banyak aktiviti yang telah atau bakal dilakukan oleh para pelajar sekalian. Namun, setiap aktiviti yang dibuat itu haruslah mengikut landasan agama dan keselamatan juga haruslah dijaga. Adalah bagus sekiranya pelajar-pelajar dapat mencari kenangan-kenangan manis dan pengalaman-pengalaman bermakna dalam masa cuti sekolah ini kerana setiap pengalaman itu dapat memberi manfaat kepada kita suatu hari nanti. Contohnya kenangan di masa cuti sekolah dapat dizahirkan dalam karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. selamat bercuti!

Salam Korban

salam,
Pada 18hb Nov dan 19hb Nov 2010, pihak sekolah telah mengadakan program korban sempena menyambut hari raya aidiladha. Terdapat beberapa orang penderma yang bermurah hati untuk menderma 4 ekor lembu bagi menjalankan ibadah korban tersebut. Program tersebut berlangsung dengan jayanya disebabkan oleh bantuan daripada pihak sekolah dan orang kampung. Para pelajar khasnya telah bersusah-payah melapah daging lembu tersebut. Disebabkan sukar untuk mengagihkan daging-daging mentah kepada pelajar, pihak sekolah yang terdiri daripada kakitangan dan guru-guru telah mengadakan gotong-royong memasak daging tersebut untuk dimakan bersama-sama pada waktu tengahari. Selain daripada makanan tengahari di dewan makan, pelajar-pelajar juga mendapat 2 lauk tambahan iaitu kari daging dan sup daging yang dimasak oleh kakitangan sekolah. Di harap kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan orang awam akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian

majlis anugerah kecemerlangan 2010

salam...
Majlis anugerah kecemerlangan telah berlangsung dengan jayanya pada minggu terakhir persekolahan 2010. Majlis tersebut telah berlangsung pada hari Isnin, 15hb November 2010. Ramai pelajar telah mendapat anugerah pada hari tersebut. Walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal, namun majlis tersebut berakhir dengan baik. Anugerah ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu kurikulum terbaik di mana pelajar dinilai dari rekod pencapaian pelajarannya, ko-kurikulum terbaik dimana pelajar dinilai dari rekod aktiviti persatuan, kelab dan sukan serta sahsiah terbaik dimana pelajar dinilai dari sudut sahsiah dan aktiviti asramanya. Diantara pelajar yang menarik perhatian ialah Mohd Dzuhair dari tingkatan 2A kerana telah berjaya mendapat banyak anugerah dalam bidang kurikulum dan ini turut menjadikannya sebagai pelajar harapan PMR bagi tahun 2011 bersama-sama beberapa pelajar lain. Namun, ini tidak juga bermakna pelajar-pelajar yang lain tidak berpeluang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2011 kerana sebagaimana pepatah 'dimana ada kemahuan, pasti ada jalan'. Diharap pelajar-pelajar akan lebih berusaha pada masa akan datang demi mencemerlangkan diri seterusnya mengharumkan nama sekolah yang tercinta ini. Sekian.
(gambar akan diupload nanti)