Monday, January 17, 2011

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas 2011

salam,
Pada 17hb Jan 2011(Isnin), satu majlis penyampaian watikah pengawas bagi tahun 2011 telah diadakan di tapak perhimpunan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong. Majlis tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.05 pagi. perhimpunan bermula dengan perhimpunan guru dan pelajar dikuti dengan ketibaan Ketua Polis Daerah Rembau. Seterusnya lagu negaraku diikuti dengan bacaan doa dan ikrar oleh pengawas sekolah. watikah kemudiannya disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Rembau diiringi oleh tuan pengetua. di harap agar majlis ini akan menjadi satu titik permulaan yang baik bagi para pengawas dalam membendung masalah disiplin yang berlaku di sekolah dan dapat juga meringankan beban guru dalam mendisiplinkan pelajar..Sekian

majlis perpisahan pengetua

Pada 7hb Januari 2011 telah diadakan majlis perpisahan pengetua SMA Hj Mohd Yatim iaitu Ustaz Mohd Jamil Bin Othman yang akan berpindah ke SMA (SABK) Nilai sebagai pengetua baru disana. Perpindahan pengetua Ustaz Mohd Jamil Bin Othman adalah kerana kenaikan pangkat beliau ke gred DG 48. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang mempunyai sifat kasih dan ehsan yang tinggi serta sering membantu bukan sahaja pelajar malahan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan beliau. sepanjang beliau berada di SMAHMY, banyak perubahan dapat dilihat di sini. Diharap beliau akan lebih maju di sekolah baru dan menabur bakti serta jasa di mana sahaja beliau berada. kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat beliau...Terima kasih, ustaz.