Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN 2011

assalamualaikum w.b.k,
Setelah setahun berlalu, kini Ramadhan muncul kembali...alhamdulillah, kita berjaya jua bersua dengan Ramadhan kali ini. Semoga kita dapat perbanyakkan lagi ibadah dan ingat lah bahawa Syurga Allah menanti orang-orang yang berusaha ke arah-Nya....


gambar ehsan daripada http://dakwah.info/bekal-dakwah/sharing/ramadhan-poster/

Thursday, July 28, 2011

SENARAI NAMA GURU SMAHMY 2014




senarai nama guru-guru SMAHMY 2014






BIL NAMA GURU
1 USTAZ SOLAHUDDIN BIN ABD RAHMAN
DG52 PENGETUA
2 AHMAD BIN ABDULLAH
DG48 PENOLONG KANAN
3 SUHAIMI BIN MOHD ISA
DG44 PENOLONG KANAN HEM
4 SALLEH BIN KASIM
DG44 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
5 ZAHARIN BIN SULAIMAN
DG44 GURU KANAN MATAPELAJARAN BAHASA
6 NOR HANA BINTI AHMAD ANUAR
DG44 GURU KANAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
7 NOOR AZMAH BT MOHAMED
DG44 GURU KANAN MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
8 RASHIDAH BT MD RIFIN
DG44 GURU KANAN MATAPELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
9 ZULKIFLI B HUSSIN
DG44 GURU CEMERLANG BAHASA ARAB
10 MOHAMAD TAUFIK B MD NOR
DG41 KAUNSELOR
11 MAGHFIRAH BT HUSSIN
DG41 GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
12 LIZANORWARNI BINTI LAHOM
DG41 GURU DATA
13 NADZIRAH BT HASSAN
DGA32 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
14 SITI NURHAFIZAH BINTI HAZAIPAH
DC41 GURU PENOLONG
15 SITI SAFINATUN BINTI SIHIR
DG41 GURU PENOLONG
16 HALIZA BT AWALUDDIN
DGA29 GURU PENOLONG
17 AZMAN BIN ABDUL WAHAB
DGA32 GURU PENOLONG
18 SYUHADAH BT HUSSIN
DGA29 GURU PENOLONG
19 NORIZAN BT KAMARUDIN
DG41 GURU PENOLONG
20 MOHAMAD HAFIZ B MD NGISUM
DGA29 GURU PENOLONG
21 NORVIYAH BT ZAINUDIN
DG41 GURU PENOLONG
22 ROZILAWATI BT RAMLI
DG41 GURU PENOLONG
23 MOHD KAMAL B DAUD
DB29 GURU PENOLONG
24 NUR FADZLINA BT MOHD FADZLI
DG41 GURU PENOLONG
25 NURUL NAZWA BT KHALIL
DG41 GURU PENOLONG
26 MOHD AKASHAH B RUSDIN
DGA29 GURU PENOLONG
27 ZAITUL ASMA BT ZAHARI
DGA29 GURU PENOLONG
28 NURUL NATASHA BT OTHMAN
DG41 GURU PENOLONG
29 NUR AINI BT ALIAS
DG41 GURU PENOLONG
30 OTHMAN B DRIS
DGA29 GURU PENOLONG
31 CHE MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL
DGA32 GURU PENOLONG
32 HANIM BT MD NOH
DGA32 GURU PENOLONG
33 HASMUNI BT HASSAN
DG41 GURU PENOLONG
34 WAN NADIAH BT ISMAIL
DG 41 GURU PENOLONG
35 NUR SAFINAS BT ABU SIRIN
DG 41 GURU PENOLONG

Monday, February 28, 2011

maulidur rasul 2011

assalamualaikum...
pada 25hb feb 2011 telah diadakan program sambutan maulidur rasul bagi tahun 2011 peringkat sekolah. berbagai-bagai aturcara yang telah disediakan untuk pelajar-pelajar SMAHMY. Antaranya ialah pertandingan kuiz, perarakan maulidur rasul, ceramah agama oleh ustaz jemputan dan pertandingan nasyid. program ini dirancang di bawah bidang Agama yang diketuai oleh Pn. Norhana bt Ahmad Anuar. diharap agar pelajar-pelajar memperoleh sedikit sebanyak ilmu sepanjang program ini dijalankan. Sekian

Monday, January 17, 2011

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas 2011

salam,
Pada 17hb Jan 2011(Isnin), satu majlis penyampaian watikah pengawas bagi tahun 2011 telah diadakan di tapak perhimpunan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong. Majlis tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.05 pagi. perhimpunan bermula dengan perhimpunan guru dan pelajar dikuti dengan ketibaan Ketua Polis Daerah Rembau. Seterusnya lagu negaraku diikuti dengan bacaan doa dan ikrar oleh pengawas sekolah. watikah kemudiannya disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Rembau diiringi oleh tuan pengetua. di harap agar majlis ini akan menjadi satu titik permulaan yang baik bagi para pengawas dalam membendung masalah disiplin yang berlaku di sekolah dan dapat juga meringankan beban guru dalam mendisiplinkan pelajar..Sekian

majlis perpisahan pengetua

Pada 7hb Januari 2011 telah diadakan majlis perpisahan pengetua SMA Hj Mohd Yatim iaitu Ustaz Mohd Jamil Bin Othman yang akan berpindah ke SMA (SABK) Nilai sebagai pengetua baru disana. Perpindahan pengetua Ustaz Mohd Jamil Bin Othman adalah kerana kenaikan pangkat beliau ke gred DG 48. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang mempunyai sifat kasih dan ehsan yang tinggi serta sering membantu bukan sahaja pelajar malahan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan beliau. sepanjang beliau berada di SMAHMY, banyak perubahan dapat dilihat di sini. Diharap beliau akan lebih maju di sekolah baru dan menabur bakti serta jasa di mana sahaja beliau berada. kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat beliau...Terima kasih, ustaz.

Thursday, December 23, 2010

keputusan pmr 2010



Keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 bersamaan hari Khamis 17 muharam 1432H. para pelajar bolehlah mengambil keputusan tersebut terus di pejabat sekolah pada waktu pejabat. Sekian

Thursday, December 2, 2010

Salam cuti

Salam...
Seperti yang kita sedia maklum, cuti sekolah berlangsung dari 19hb November 2010 sahingga 2hb Januari 2011. di masa cuti sekoalh ini, banyak aktiviti yang telah atau bakal dilakukan oleh para pelajar sekalian. Namun, setiap aktiviti yang dibuat itu haruslah mengikut landasan agama dan keselamatan juga haruslah dijaga. Adalah bagus sekiranya pelajar-pelajar dapat mencari kenangan-kenangan manis dan pengalaman-pengalaman bermakna dalam masa cuti sekolah ini kerana setiap pengalaman itu dapat memberi manfaat kepada kita suatu hari nanti. Contohnya kenangan di masa cuti sekolah dapat dizahirkan dalam karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. selamat bercuti!

Salam Korban

salam,
Pada 18hb Nov dan 19hb Nov 2010, pihak sekolah telah mengadakan program korban sempena menyambut hari raya aidiladha. Terdapat beberapa orang penderma yang bermurah hati untuk menderma 4 ekor lembu bagi menjalankan ibadah korban tersebut. Program tersebut berlangsung dengan jayanya disebabkan oleh bantuan daripada pihak sekolah dan orang kampung. Para pelajar khasnya telah bersusah-payah melapah daging lembu tersebut. Disebabkan sukar untuk mengagihkan daging-daging mentah kepada pelajar, pihak sekolah yang terdiri daripada kakitangan dan guru-guru telah mengadakan gotong-royong memasak daging tersebut untuk dimakan bersama-sama pada waktu tengahari. Selain daripada makanan tengahari di dewan makan, pelajar-pelajar juga mendapat 2 lauk tambahan iaitu kari daging dan sup daging yang dimasak oleh kakitangan sekolah. Di harap kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan orang awam akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian

majlis anugerah kecemerlangan 2010

salam...
Majlis anugerah kecemerlangan telah berlangsung dengan jayanya pada minggu terakhir persekolahan 2010. Majlis tersebut telah berlangsung pada hari Isnin, 15hb November 2010. Ramai pelajar telah mendapat anugerah pada hari tersebut. Walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal, namun majlis tersebut berakhir dengan baik. Anugerah ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu kurikulum terbaik di mana pelajar dinilai dari rekod pencapaian pelajarannya, ko-kurikulum terbaik dimana pelajar dinilai dari rekod aktiviti persatuan, kelab dan sukan serta sahsiah terbaik dimana pelajar dinilai dari sudut sahsiah dan aktiviti asramanya. Diantara pelajar yang menarik perhatian ialah Mohd Dzuhair dari tingkatan 2A kerana telah berjaya mendapat banyak anugerah dalam bidang kurikulum dan ini turut menjadikannya sebagai pelajar harapan PMR bagi tahun 2011 bersama-sama beberapa pelajar lain. Namun, ini tidak juga bermakna pelajar-pelajar yang lain tidak berpeluang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2011 kerana sebagaimana pepatah 'dimana ada kemahuan, pasti ada jalan'. Diharap pelajar-pelajar akan lebih berusaha pada masa akan datang demi mencemerlangkan diri seterusnya mengharumkan nama sekolah yang tercinta ini. Sekian.
(gambar akan diupload nanti)

Tuesday, September 7, 2010

lanjutan cuti hari raya aidilfitri

assalamualaikum..
sepertimana yang kita sedia maklum, sekolah Menengah Agama Hj mohd Yatim akan bercuti selama 2 minggu iaitu bermula 4hb September 2010 sehingga 19hb September 2010. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan sekolah di sekitar Negeri Sembilan hanya bercuti selama 1 minggu dan secara umumnya pada 14hb September 2010 kebanyakan sekolah akan menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa. Namun, disebabkan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian rata-ratanya tinggal berjauhan dari Rembau dan ada juga yang tinggal di luar kawasan Negeri Sembilan, pihak sekolah telah berusaha memohon cuti tambahan yang perlu diganti. Alhamdulillah, cuti diluluskan. Oleh itu, kita harus bersyukur diatas nikmat yang diberi oleh Allah SWT dan perlu belajar dengan tekun demi masa depan yang cemerlang. semoga kita berjumpa lagi selepas 19hb September 2010. diharap agar pelajar-pelajar dapat menjaga diri sepanjang cuti ini. sekolah ganti akan diadakan pada 25hb September 2010 dan tarikh lain yang akan diberikan kemudian. Sekian