Saturday, January 2, 2010

hari kecemerlangan SMAHMY 2009


HARI KECEMERLANGAN SMAHMY 2009 yang telah berlangsung pada hari terakhir persekolahan banyak memberikan kenangan manis buat guru-guru dan juga pelajar. Pada masa inilah guru-guru dapat melihat penglibatan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum diberikan ganjaran. Banyak anugerah yang telah diberikan bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah kokurikulum kepada pelajar-pelajar yang layak.
Selain itu, bekas pelajar SMAHMY yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM juga telah turut sama hadir memeriahkan majlis. Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan di atas susah-payah anda semua. Dan anugerah yang paling menarik perhatian dan ditunggu-tunggu ialah anugerah tokoh pelajar 2009 yang di sandang oleh Nur Huwaina bt Mohd Jamil dari kelas 5A. Pemilihannya adalah berdasarkan ketekunan dalam pelajaran, kerjasama yang diberikan dalam aktiviti kokurikulum malah sikap mudah disenangi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar lain dan ringan tulang dalam membantu apa sahaja menjadikan beliau layak menerima anugerah TOKOH PELAJAR SMAHMY 2009. Namun begitu, bagi pelajar-pelajar lain diharap agar tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk berjaya di dalam hidup. Bagi kesemua pelajar SMAHMY tingkatan 5 2009, tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian menengah tinggi. Ini menandakan anda akan memasuki satu dunia baru yang lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Jangan berhenti belajar..Tuntut lah ilmu setinggi yang boleh untuk masa depan yang cerah..

No comments:

Post a Comment