Wednesday, May 26, 2010

majlis perpisahan guru-guru



Assalamualaikum...
Salam peperiksaan kepada semua pelajar-pelajar SMAHMY. mungkin ramai yang telah sedia maklum bahawa sekolah kita telah menerima kehadiran 2 orang guru praktikum baru dari UPSI. Pada 25hb Mei 2010 merupakan hari terakhir kedua-dua guru tersebut mengajar di sekolah kita. Guru-guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Nur Haida Bt Mohamad dan Cikgu Hamizatul Mirza bt Ismail. Pada 26hb Mei 2010 telah diadakan sedikit jamuan perpisahan untuk kedua-dua guru tersebut oleh guru-guru dan staf SMAHMY. Kami semua warga SMAHMY berharap agar cikgu Haida dan cikgu Hamizatul dapat menggunakan segala ilmu dan pengalaman di SMAHMY untuk mendidik pelajar-pelajar lain. Kami mendoakan kejayaan cikgu dan pengalaman bersama cikgu akan kami simpan sepanjang hayat...sekian

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, Ulu Gadong, Negeri Sembilan adalah sebuah sekolah agama bantuan kerajaan dibawah BPI,KPM. Pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar biasa dan anak yatim dari seluruh Semenanjung Malaysia. Mata pelajaran yang diajar di sekolah ini adalah matapelajaran asas dan ditambah dengan subjek bahasa arab.

Search This Blog

Kementerian Pelajaran Malaysia

akhbar online

Online Newspaper

BHARIAN

HMETRO

THESTAR

NST

MMAIL

Copyright © SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAJI MOHD YATIM | Powered by Blogger
Design by Viva Themes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com| Distributed By Blogger Templates20