Monday, March 8, 2010

SEMOGA BERJAYA...

salam kepada semua yag mengunjungi blog ini...

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis depan (11/03/2010).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 Nov hingga 16 Dis lepas, katanya.

Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Okt lepas.

(Sumber: Bernama - 4/3/2010 - 14:02)

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR SMAHMY YANG MENGAMBIL SPM 2009
KAMI GURU-GURU SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA...

sukan olahraga smahmy 2010 dan sukaneka PIBG

SALAM KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBUKA LAMAN BLOG INI...
Pada hari Sabtu yang lepas ( 6hb Mac 2010) telah diadakan hari Sukan olahraga SMAHMY dan sukaneka PIBG dan program kunjungan kasih oleh Dato' Awaluddin bin Said. Pelajar yang telah diangkat sebagai olahragawan sekolah ialah Mohd Zaki bin Shukor tingkatan 5A manakala pelajar yang diangkat menjadi olahragawati bagi tahun 2010 adalah Farah Farhan dari tingkatan 2C. rumah sukan hijau telah memenangi perbarisan terbaik diikuti oleh rumah kuning, biru dan merah manakala bagi perhiasan khemah terbaik dimenangi oleh rumah merah dan diikuti oleh rumah biru, kuning dan hijau. Rumah sukan yang memenangi tempat pertama keseluruhan bagi tahun 2010 ini ialah rumah hijau diikuti dengan rumah merah, kuning dan biru. Pada hari tersebut terdapat beberapa orang bekas pelajar yang hadir dan turut sama memeriahkan majlis. Bekas pelajar sekolah iaitu Mohd Nabil telah membantu sekolah dengan persembahan silat yang sangat menarik bersama para pelajar dan pengetua. di akhir majlis, Dato' awaludin telah menyumbangkan sejumlah wang kepada pihak sekolah untuk pembangunan sekolah dan juga persatuan silat..Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' awaludin diatas sumbangan yang diberikan dan berjuta penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha keras dalam menjayakan program ini...Sekian