Monday, January 17, 2011

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas 2011

salam,
Pada 17hb Jan 2011(Isnin), satu majlis penyampaian watikah pengawas bagi tahun 2011 telah diadakan di tapak perhimpunan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong. Majlis tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.05 pagi. perhimpunan bermula dengan perhimpunan guru dan pelajar dikuti dengan ketibaan Ketua Polis Daerah Rembau. Seterusnya lagu negaraku diikuti dengan bacaan doa dan ikrar oleh pengawas sekolah. watikah kemudiannya disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Rembau diiringi oleh tuan pengetua. di harap agar majlis ini akan menjadi satu titik permulaan yang baik bagi para pengawas dalam membendung masalah disiplin yang berlaku di sekolah dan dapat juga meringankan beban guru dalam mendisiplinkan pelajar..Sekian

No comments:

Post a Comment